rahsia menulis artikel
Assalamualaikum.
Ada masanya anda berasa tidak mampu menulis artikel blog dengan baik? Cuba semak semula. Pasti ada silapnya di mana-mana.
Secara ringkasnya, kekuatan untuk update blog dengan kerap bergantung kepada sejauh mana kemahiran dan kesungguhan anda dalam menulis.
Lebih mahir anda menulis, mungkin lebih kerap anda menulis. Lebih bersungguh anda dalam mahu menyampaikan isi tulisan, mungkin lebih kerap anda menulis.
Tetapi hanya orang banyak maklumat dapat menulis dengan banyak dan baik. Perbanyakkanlah bacaan. Bak kata Sasterawan Negara, A. Samad Said, baca, baca, baca, kemudian tulis (tiga kali baca untuk sekali menulis).