pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

Apa Kata Kita Sambut April Fool?

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Fatihah ayat 1)

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam penghulu anbiya’ dan para rasul.


JANGAN BUANG MASA


Yang dapat saya sebutkan, menyambut perayaan ini adalah orang yang memperbodohkan dirinya sendiri.


Kerana budaya ini, yang walaupun sesetengah pihak mengharamkannya dengan menggunakan alasan bahawa ini salah satu perayaan barat ke atas kemenangan umat Islam, dan saya tidak mahu menjelaskan itu, menurut saya adalah sangat menjejaskan integriti kita.


Bilakah masanya lagi kita mahu dipandang bermaruah?


Mengenakan orang lain, menyebabkan wujudnya api dendam, amarah yang diseret-seret, ataupun keseronokan sementara atas kejatuhan orang lain, ini semua hanya akan lebih menjuruskan kita ke arah yang merugikan.



Bagaimana yang kita laungkan ‘Malaysia Boleh’ - kalaupun kita tidak melaungkan ‘Umat Islam Sentiasa Boleh’ jika budaya yang sejengkel ini membarah dalam masyarakat kita?


Kalau kita tidak pernah mendengar, maka di sini saya bawakan sabdaan baginda nabi tentang hal yang berkaitan,



“Adalah dilarang seorang muslim menakutkan muslim yang lain” Hadith riwayat Abu Dawud dan Musnad Ahmad.


Juga amaran baginda tatkala baginda bersabda,



“Celakalah untuk sesiapa yang berbohong untuk membuat untuk membuat orang lain tertawa” Hadith riwayat Abu Dawud.


Tidak cukupkah kita berjenaka hingga wujud satu hari yang khas untuk bergurau pula.


Adakah kita tidak pernah memikirkan begini:


‘Mereka (musuh Islam dan yang seangkatan) sedang bersungguh memusnahkan kita.’


Diceritakan terdapat pejabat di barat yang lampunya tidak dipadam 24 jam sehari, menandakan mereka tidak rehat dari merangcang kemusnahan kita.


Dan kita masih memilih hari ini untuk berjenaka.


Manusia apakah kita ini?


Masyarakat yang suka berseronok?


Atau ummah yang sangat leka?



YANG TIDAK SAMBUT, SEBARKAN TEGAHAN INI


Saya tahu ramai masyarakat kita di luar sana yang tidak menyambut kerana diceritakan perayaan ini adalah kemenangan ke atas umat Islam.


Tapi masih ada yang tetap sambut. Kalau tidak saya tak akan menulis artikel ini.


Jadi kepada anda, saya menyeru sebarkanlah tegahan ini. Dan nyatakan dalam tegahan kita, bahawa kita umat Islam ada prinsip, kita tak perlu dilelahkan dengan budaya jahiliyyah seperti ini.


Kita mahu keimanan yang tepu kepada Allah. Kita mahu selalu khusyuk kepada Pencipta kita. Kita mahu roh dan jasad kita selamat di dunia dan akhirat.


Maka ayat inilah sebagai motivasinya,


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.





p/s 1:boleh semak Boleh artikel tentang april fool di sini:

1. http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html

2. http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html

Twitter
Facebook

Syukran ats perkongsiannyaa...
Raikan bkn sambut..
p/s: gmbar yg mngerikan..

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk