tingkatkan komen di blog
Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di sini. Semoga anda sihat jasmani dan rohani selalu hendaknya.
Bagi kebanyakan blogger, isu komen di blog agak menjadi perhatian. Entahlah, mungkin bagi mereka jumlah komen menandakan blog semakin diminati atau apa, saya juga tidak pasti.
by ~midwatch
Tetapi saya ada sebuah cadangan untuk difikir-fikirkan oleh anda jika anda adalah seorang blogger. Tambah-tambah lagi yang menggunakan perkhidmatan percuma blogspot. Tak ramai orang mudah berkomen di blogspot sebenarnya.
Hal ini demikian kerana default komen di blogspot yang agak tidak mesra pembaca. Berbanding dengan blog berbayar wordpress dan sebagainya, kita agak jauh ketinggalan.
Jadi, cadangan saya adalah anda tukarkanlah kotak komen anda tersebut. Proses penukaran ini bukanlah sukar pun. Sebaliknya anda akan dapai hasil yang lebih baik tidak berapa lama selepas anda menukarnya.
Contoh perkhidmatan komen terbaik yang saya cadangkan untuk anda gunakan adalah intensedebate seperti yang saya gunakan. Ditambah dengan link commentluv yang disediakan, pasti anda akan teruja sekejap.
Sila rujuk ke sini (klik) untuk cara-cara menginstall intensedebate.
Dan jangan lupa khabarkan kepada saya jika anda sudah menggunakan intensedebate plus commentluv.