Maaflah, saya tak sengaja
Assalamualaikum.
Saudara-saudara yang dikasihi kerana Allah,
Saya mendapat komen yang agak bersemangat daripada seorang blogger mengenai blog saya yang sudah lama saya tidak berbalas komen di situ. Tolak satu komen yang dapat saya berikan dua hari lepas sebagai menjawab kepada soalan (siapa saya pun tak ingat), rasanya sudah sebulan lebih saya tidak membalas komen.
Ada juga beberapa komen yang saya tidak menjawab secara langsung di ruang komen, sebaliknya saya menjawab melalui artikel-artikel ringkas yang saya tulis kemudiannya.
by ~MariaLaLoca
Sungguh sebenarnya seperti yang pernah saya sebutkan, saya sangat bernafsu untuk membalas komen anda. Membaca komen-komen anda tanpa saya sempat membalasnya sebenarnya semacam sebuah penyiksaan mental kepada saya.
Kemudian, baru-baru ini pula terjadi sebuah perkara yang lebih memenatkan. Saya sebagai penulis di blog ini mendapat sebuah kesulitan yang lain apabila kebolehan saya untuk membalas komen di blog saya sendiri tersekat.
Saya tidak tahu apa masalahnya, tetapi saya merasakan bahawa ianya berpunca daripada kotak komen 'disqus' yang saya gunakan sebelum ini. Malah, tidak cukup dengan itu, ruangan komen di blog saya ditambah dengan sebuah lagi masalah iaitu sebahagian gambar-gambar pengomen yang kosong (tiada gravatar sendiri) bertukar kepada gravatar saya!
Heh, ini tentulah merunsingkan saya. Bayangkan(sudah terjadi pun), gambar-gambar pengomen perempuan juga meletakkan gravatar muka saya, tidakkah agak janggal di situ?
Puas saya usahakan mencari maklumat tentang kotak komen disqus yang saya gunakan, tetapi hasilnya adalah hampa. Tidak banyak yang dikongsi berkenaannya.
Hinggalah akhirnya saya tergerak untuk mencuba semula dengan kotak komen intensedebate. Hasilnya agak lumayan.
Nak tahu? Sila komen artikel ini.
Apapun, Thank you Allah.