pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak

Assalamualaikum.



Jangan betulkan skrin pc/laptop anda. Anda sememangnya berada di blog saya, naimulfirdaus.blogspot.com.



Seminggu dua ini saya dapati ramai betul sahabat-sahabat saya yang menonton rancangan Maharaja Lawak yang menghimpunkan pemenang-pemenang daripada siri rancangan Raja Lawak sejak musim pertama hingga musim entah ke berapa. Inilah yang saya faham, jika salah sila perbetulkan.


by ~Siilin





Tak salah untuk menonton rancangan apa sekali pun(asalkan bukan rancangan maksiat) jika niat kita untuk sekadar merehatkan diri atau mengisi masa lapang ( tetapi masih wujudkah masa lapang bagi kita sedangkan nabi bersabda orang mukmin tidak akan puas sehinggalah dia berakhir dengan syurga? kita nak jadi mukmin yang masuk syurga kan?).



Masalahnya apa yang berlaku saya lihat rata-rata yang menonton ini terlalu asyik sehingga terlupa kepada tanggungjawab-tanggungjawab mereka yang lain.



Saya sendiri tidak pasti apa faedah yang boleh kita perolehi daripada rancangan-rancangan televisyen seperti itu. Jika anda salah seorang penggemarnya, bolehkah anda terangkan kepada saya apakah faedahnya?



Saya bukan apa. Sebenarnya banyak bergelak ketawa akan menyebabkan kita banyak menangis di akhirat. Er, seperti yang saya selalu sebutkan, dunia yang sementara ini tidak akan layak dibandingkan dengan akhirat yang tempoh kehidupannya itu adalah selama-lamanya.



Saya selalu sebutkah? Entah. Tapi tak apalah.



Ketawa sekejap di dunia, tetapi menangis lama-lama di akhirat. Bahkan lama itu adalah selama-lamanya. Bolehkah anda bayangkan?



Kalaupun anda cuba membayangkan, bayangan anda langsung tidak akan menyamai walau 1 peratus pun daripada keadaan sebenar di akhirat kerana jarak masa 60 tahun (secara purata) tidaklah sampai kepada satu peratus pun daripada tempoh selama-lamanya. Kan?



Er, matematik moden saya memang dapat A1.



Sebelum saya terlupa, tajuk artikel ini adalah kesilapan dalam rancangan Maharaja Lawak. Adakah maharaja lawak yang tersilap?



Itu anda tolong fikirkan sendiri.



Maafkan saya di atas segala silap dan salah. Saya hanyalah manusia yang mencuba.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk