pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

mari saya ajarkan anda rahsia senyuman

Assalamualaikum.


Jika anda sekarang sedang berduka, saya mohon untuk anda tetap tersenyum.


Senyumlah dengan sejujur-jujurnya kerana senyum di kala kepayahan itu tanda keredhaan anda dengan ketentuan-Nya.


Kesukaran hidup yang sedang anda hadapi sekarang sebenarnya tidaklah asing berbanding kepayahan hidup manusia lain. Dengan kata lainnya, semua manusia di dunia ini menimpa kepayahan hidup yang tersendiri.


Hanya kita yang menyangkakan bahawa kita seorang sahaja yang merasai dugaan dan cabaran yang hebat.


Kerana itu saya mengajak anda supaya tetap tersenyum. Yakinlah bahawa Allah sedang menyusun yang terbaik untuk anda.


Apabila Allah memberi anda sesuatu ujian, itu bermakna Dia masih memandang anda. Dia mahu anda kembali ingat kepada-Nya. Kembali meminta pertolongan kepada-Nya. Kembali menjadi hamba-Nya, yang hanya kepada-Nya anda memohon bantuan.


Apabila Allah menguji anda, jelas sekali Dia mahu anda kembali menyembah diri di hadapan-Nya. Sesungguhnya Dia menyusun ujian ini kepada anda supaya anda sedar diri anda itu lemah dan perlu kepada bantuan.


Lantas Allahlah sebaik-baik pembantu.


Tuan, inilah masanya untuk kamu tunduk khusyuk kepada-Nya.


Sudah tahu rahsia senyuman?


:)

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk