berjanjilah, kita bertemu di syurga!
Assalamualaikum.
Jika saya cintakan kamu, kamu pasti akan mati kerana kematian akan menyentuh setiap makhluk bernyawa.
Tetapi, jika saya cintakan Pencipta kamu, Dia wujud dan tidak mati. Bahkan Dialah yang memberikan kita sebuah kehidupan.
Namun, kematian pada orang beriman bukanlah perpisahan. Sebaliknya hanya sebuah pintu untuk ke alam seterusnya.
Orang beriman akan kembali bersama di sana nanti. Sana yang selamanya, tanpa penghujung.
Berjanjilah, kita bertemu di syurga!