dengarlah kata hatimu
Kalaulah ada sedikit nasihat yang boleh saya sematkan kepada diri, ianya adalah pesanan supaya tidak berlengah-lengah di dalam kemaksiatan, walau sebesar manapun maksiat itu, dan walau seberapa kerap saya tertewas dalam menanganinya.
Sebaliknya, saya harus segera keluar, membersihkan diri dari kotoran batin yang tercela lantas memusatkan diri bersama kebaikan, walau sekecil manapun kebaikan itu, walau sesikit mana sekalipun.
Bukankah manusia perlu sentiasa berubah ke arah kebaikan?
Jika orang lain mampu, mengapa tidak saya? Jika bukan sekarang, bila lagi masanya untuk saya berubah? Duhai diri yang menulis rasa hati, sedarlah bahawa matimu pasti, bahkan makin menghampiri.
Bahkan rasailah bahawa ajalmu akan datang beberapa saat selepas ini. Dan selepas itu kamu akan hidup selama-lamanya di alam akhirat. Selama-lamanya ini bermakna tidak ada pengakhiran, tidak berkesudahan.
Ketika itu ke mana kamu akan kembali? Adakah sebaik-baik tempat kembali, atau yang seburuk-buruknya.

Semoga tuhan memberi saya dan anda kekuatan untuk berubah.
Semoga Allah memilih kita untuk bersama kekasih-kekasihnya di Syurga Abadi nanti, alahai rasa tak layaknya meminta yang ini.
"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." Al-Ma-idah ayat 105
Ya Allah, pandanglah hamba-hamba-Mu ini dengan pandangan-Mu yang penuh rahmat. Dan janganlah Engkau biarkan kami bebas tanpa pandangan-Mu walaupun sesaat, hatta yang lebih singkat dari itu.