pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

anugerah blog paling menarik 2011

Saya mula menulis blog ini sejak rasminya pada bulan Februari tahun 2010. Ini bermakna apabila dengan tarikh terbit artikel ini ialah pada 7 April 2011, ini menunjukkan bahawa sudah lebih setahun saya menulis di blog ini.


Jika anda melihat pada nama blog saya, saya menamakan blog ini dengan nama saya sendiri sambil menisbahkan diri saya sebagai hamba kepada Allah. Tak ada apa yang menarik sangat dengan nama blog saya ini.


Salah seorang teman juga pernah  berkata kepada saya bahawa nama blog saya ini kelihatan tidak menarik perhatian.


Er, anda fikir betulkah pendapat kawan saya ini?


Terpulanglah anda mahu jawab atau tidak kerana buat masa ini saya tidak mahu mengambil berat tentang itu.


Tetapi yang mahu saya ceritakan kali ini adalah sebab mengapa saya menulis blog ini.


Ada banyak sebab jugak sebenarnya. Tetapi kali ini saya hanya mahu berkongsi sebahagiannya sahaja.


Antara faktor pendorong yang kuat untuk saya menulis blog ini antaranya adalah saya ini sememangnya seorang yang suka bercakap. Tetapi tidak ramai orang yang mahu mendengar saya bercakap. Maka saya binakan blog ini agar percakapan saya dapat didengar oleh hati-hati pembaca.


Namun anda jangan berfikir saya menulis ini semata-mata mahu meluahkan apa yang terbuku di hati saya, sebaliknya saya juga menulis kerana pada saya menulis inilah caranya untuk saya membina diri.


Menulis juga dapat membantu saya untuk menyampaikan.


Dan kalau anda belum sedar, penulisanlah yang menyampaikan kita dengan ilmu-ilmu dan pengkajian Imam Syafie serta sekian banyak ulama sejak ribuan tahun dahulu.





p/s: tajuk artikel kali ni macam dahsyat jugak kan?

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk