menunjukkan jalan kebaikan
Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di sini. Sini maksud saya tu adalah di mana sahaja anda berada untuk membaca artikel saya ini.
Saya sebenarnya tidak tahu apakah perasaan anda apabila membaca blog saya ini. Sukakah, bosankah, bencikah, saspenkah, ataupun laparkah, saya tak tahu pun apa yang anda rasa selama ini.
Tapi kalau yang rasa lapar tu saya fikir itu bukan sebab anda membaca blog saya. Pasti ada sebab lain hingga anda berasa kelaparan. Agak menakjubkan kalau anda membaca blog saya sehingga empat atau lima jam sampai tidak makan dan minum.
Selama ini pun memang saya yang menulis di blog ini seorang diri, jadi tak pernah tahu apa perasaan anda sebagai pembaca blog saya.
Maka apa kata jika kali ini anda meluangkan sedikit masa untuk kita berkongsi apa yang anda rasakan. Anda mungkin ada pendapat sendiri terhadap blog saya ini.
Cadangan atau teguran lebih-lebih lagi saya alukan. Mana tahu cadangan anda itu membawa erti yang sangat besar maknanya kepada saya dan semua orang. Dan kiranya selepas saya kembali semula ke sini lalu mendapati kotak komen di bawah masih kosong, saya tahulah di mana kedudukan saya sekarang.
Owh, ya. Dijemput klik ikon-ikon comel bersegi lima di bawah artikel-artikel saya bila saja anda mahu mengongsikannya kepada orang lain.