pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

1000 pageview sehari

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Masih lagi Allah memberikan kita pinjaman roh dan jasad untuk kita hidup sebagai hamba-Nya hari ini.


Saya perasan kita ini cukup sukar untuk rasa bersyukur dengan pemberian-pemberian Allah kepada kita. Biasanya ini berlaku apabila kita berfikir bahawa kita selalu tidak mendapat apa yang kita inginkan.


Betul tak?

klik gambar untuk lihat lebih jelas


Tapi memang benarkah jika kita beranggapan kita selalu tidak mendapat apa yang kita inginkan?


Apa kata anda cuba hitungkan semula. Sejak anda mula bangun tidur hari ini hingga sekarang, sudah berapa perkara yang anda inginkan, berjaya untuk anda kecapi.


Mula-mula sekali bangun tidur dalam keadaan masih bernyawa di dunia. Ya, masih bernyawa hari ini, tidakkah itu termasuk di dalam perkara yang anda inginkan?


Lalu ketika itu anda sudah mendapatnya bukan?


Maka itu adalah perkara pertama yang dapat saya berikan sebagai contoh untuk anda sendiri menghitung berapa banyak lagi kehendak anda yang berjaya anda nikmati hari ini.


Anda hitunglah sendiri. Bagaimana dengan makan pakai anda. Bagaimana juga dengan gerak dan jalan anda.


Jangan bohong dengan diri sendiri. Anda tahu siapa anda.


Oh ya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda yang membaca blog saya. Semoga selamanya Allah menghimpunkan kita di dalam kebaikan, dan memisahkan kita andainya dalam perhimpunan kita ini terdapat keburukan.


Wahai pembaca, katakanlah amin!

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk