pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

10 tips panduan menghadapi bulan puasa Ramadhan 1

Assalamualaikum.

Saya terjumpa sebuah artikel yang menyenaraikan 10 tips sebagai panduan menghadapi bulan puasa Ramadhan yang akan kita sama-sama hadapi lebih kurang seminggu lagi.
Jadi saya fikir elok untuk saya kongsikan di sini.


Tips pertama di dalam panduan menghadapi bulan puasa Ramadhan kali ini adalah hendaklah kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani)  
Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik limatuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”


Tips kedua di dalam panduan menghadapi bulan puasa Ramadhan kali ini adalah memperbanyakkan bersyukur dan berzikir mengingati Allah. Bersyukur dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita kerana Al-Imam Nawawi di dalam kitab Adzkar-nya telah berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”


Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.


Saya letak dua tips dulu. Takmau letak semua 10 tips panduan menghadapi bulan puasa Ramadhan sebab kalau banyak sangat nanti anda malas baca. Hehe..


Selamat beramal.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk