pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

penulis blog ni akan meninggal dunia bercakap tentang akhirat

Assalamualaikum.


Mengenai mengambil dan mempopularkan akhirat sebagai jalan hidup, saya rasakan seolah-olah ramai manusia sekarang yang tersalah pandang.




Saya rasalah, kalau tak betul tolong betulkan saya semula.




Begini, saya melihat bila kita bercakap tentang mengingati akhirat, ramai orang akan fikir tentang ibadah-ibadah khusus seperti solat, baca Al-Qur'an, tazkirah dan lain-lain. Er, termasuk berjihad menentang syirik dan kezaliman.




Dia dah tak fikir bahawa hidup kita seluruhnya ini adalah modal untuk kebahagiaan akhirat. Dia tak fikir makan dia untuk tujuan akhirat, dia tak fikir bahawa dia tidur untuk kebaikan akhirat, tak fikir perhubungan dia secara langsung atau tidak langsung dengan masyarakat juga sebagai jalan untuk menjayakan misi akhirat yang baginda Nabi pernah sebutkan, jadilah kamu untuk dunia ibarat orang asing atau seorang yang di dalam perjalanan.






Sebab kalau dia baca sendiri terjemahan hadis tanpa merujuk mana-mana syarahan ulama, seolah-olah nabi suruh kita duduk dalam gua untuk beribadat seorang diri, langsung tinggalkan dunia. Sedangkan mana pergi hadis lain yang pernah Nabi kita sebutkan seperti bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim dan sudahkah dia lupa berkenaan hadis memberi senyuman dikira sedekah?




Itulah, dia fikir akhirat hanya dengan bersuluk menyembah dahi bersujud kepada Allah.




Dengan berfikiran begitu, dia sebenarnya telah menjadikan agama Islam yang indah ini sebagai satu cara hidup yang tidak lengkap dan sempit dengan perbuatan ritual semata-mata.





Dunia dan akhirat. Ramai ingat konsepnya adalah tinggalkan dunia, fokus pada akhirat.



Salah sebenarnya. Sebab kalau begitu, Allah takkan jadikan manusia sebagai khalifah di atas dunia. Maka yang benar adalah: "Dunia ini kita tadbir, agar jadi tempat yang kondusif untuk mencapai kebahagian di akhirat sana."



Ingat, kita bukan seperti kalangan yang mengaku sebagai ahbar nasara yang menjual sijil-sijil penghapusan dosa seperti yang pernah berlaku pada zaman dunia gelap, sebelum renaissance bermula.




Sebaliknya kita menjual dunia seluruhnya untuk kita mendapatkan akhirat.








p/s: Sebab itu kita tak boleh biarkan kerusi pemerintahan dunia ini diletak pada tangan jahiliyyah, atau orang yang tidak faham akan Islam. Kita kena juga berusaha, dan berjuang, agar kerusi pemerintahan dunia ini terletak pada tangan mereka yang memahami Islam, dan menjadikan Islam secara cara hidup(bukan Islam pada nama sahaja).


sila klik ikon biru berbucu lima kat bawah ni untuk share artikel dengan kawan-kawan di facebook.


er, mati bila-bila masa, akhirat itu pasti ada..



Twitter
Facebook

Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hadeh aku ingat sape .. hhuhuhu tajuk gempak deh
My recent post SEOrang Janda Dirogol Di Dalam Kerete Myvi Kerana Berseronok
'dia' disini merujuk kpd siapa ya..pemerintah negarakah?
1 reply · active less than 1 minute ago
tak merujuk kepada sesiapa melainkan orang-orang Islam yang berfikiran sempit ni..
My recent post bersih 2.0 : siapa yang taksub dan jawapan pokok kelapa
berusaha, berjuang, menegakkan..
My recent post Renungan: Semua yg tutup aurat, konfem masuk syurga ke?
betul tu...
orang cenggini la yang menyebabkan agama tu nampak kolot dan membosankan
padahal relitinya agama itu sangat indah:D
SETUJU DGN ENTRI NI... alamak ter caps lock...ramai yg salah anggap..sedangkan setiap perbuatan kita ni untuk bekalan ke akhirat...
My recent post Cinta : Kekasih Hati
1 reply · active less than 1 minute ago
Assalamualaikum naim..ya ana setuju, mmg ramai org yg skeptikal dgn hal ni, memisahkan dunia dgn akhirat. sedangkan dunia itu adalah ladang akhirat. Di dunialah kita menanam dan membajak segala amal..baik tanaman kita baiklah tuaiannya utk dibawa ke akhirat nanti..
selalu kita nampak jelas pemisahan antara dunia n akhirat ni dalam aspek politik. Bila dipisahkan mulalah ada yg nak menyongsang dlm mentadbir. Negara ke mana rakyat ke mana Islam lg la entah ke mana...sedih rasa. Sanggupnya memperdagangkan Islam demi perut sendiri!
Assalamualaikum..PC setuju dengan saudara naim..dunia adalah jambatan kepada Akhirat. Jika nak tahu Akhirat kita macam mana, cuba tengok hidup kita di dunia, dekat tak dengan Allah..begitulah juga di Akhirat..Wallahua'alam..^_^

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk