pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

ramadhan 1432H/2011M, tarikh melihat anak bulan

Assalamualaikum.


Berikut adalah tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan 1432H atau bulan puasa 2011M. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa  Dan Syawal 2011.






Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut:
Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011pada 29 Ogos 2011
Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011.

Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasaatau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011. Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011.
Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil cerapan dan melihat anak bulan seperti yang dijadualkan di atas.
Maknanya dah nak dekat sangat ramadhan kali ni. Harapnya ramadhan yang bakal mendatang ini disambut dengan penuh kesediaan oleh kita semua.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk