pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

masalah blogger baru yang bodoh

Assalamualaikum.


Blogger baru yang bodoh bukan satu hal yang besar dalam dunia ni. Bahkan untuk menjadi bodoh tak memerlukan kepada menjadi blogger pun.


Ini kerana dalam kehidupan kita ini memang ada saja sesuatu perkara yang tidak kita ingini berlaku hingga perkara tersebut membuatkan kita tersangka seseorang atau sesuatu perkara itu sangat membodohkan.


Blogger ataupun tidak, kejadian kebodohan ada di mana-mana.


Maka kebijaksanaan kitalah yang paling diperlukan untuk menghadapi semua jenis kebodohan-kebodohan yang berlaku. Jika kita gagal, boleh jadi kita sendiri sebenarnya telah memasukkan diri kita ke kancah perkara-perkara bodoh.


Saya secara peribadinya tidak risau untuk menjadi bodoh dalam apa-apa jenis hal yang ada di dunia ini. Bodoh di dalam pelajaran, di alam perkerjaan, atau bodoh sebagai blogger baru juga tidak menjadi hal.


Sebaliknya hanya satu kebodohan yang saya risaukan. Itulah kebodohan dari mengenal Tuhan.


p/s: kepada sesiapa yang terlibat, saya mohon maaf

Twitter
Facebook

Comments (18)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
saya setuju......
My recent post Pantun Buat Si Pemalas ...
1 reply · active 715 weeks ago
terima kasih sebab setuju.
erk. . . .mcm menyimpang jalan je tajuk entri ngan isi. . . .apa msalah blogger baru yang bodoh yang nak diketengahkan sbenarnya? Tajuk hebat , tapi isi kosong , kalau yang nak diperkatakan adalah kebodohan mengenal Tuhan , kenapa penekanan dilakukan pada blogger baru ? Maaf , bukan mempertikaikan entri blogger lama yang bijak pandai ini , cuma sangat tidak jelas apa kebodohan blogger - blogger baru yang nak diperkatakan dlm entri ini. Saya sendiri , tertarik untuk membca entri ini kerana tajuknya yang agak KERAS dan rasa ingin tahu dimana kebodohan blogger - blogger baru seperti saya , yang tidak saya ketahui , dgn harapan dpt dijadikan panduan , malangnya , saya kecewa dengan entri yang tiada pengisiannya.
1 reply · active 715 weeks ago
saya hanya ingin kupaskan bahawa tiada masalah menjadi blogger baru yang bodoh atau tidak kerana di sana ada bodoh yang lebih penting untuk dirisaukan.
benarkah entri ini tiada pengisian?
atau anda yang gagal melihatnya?
setuju dengan ayat last sekali sebelum P/S..
My recent post Bila Kak Ros Skodeng Entri Lama... Erk!
1 reply · active less than 1 minute ago
memilih-milih ayat untuk setuju nampaknya ni..
hehe..
err maksud blogger baru yg bodoh tu ape eh? dari segi ape? nak tau jugak..
1 reply · active 715 weeks ago
saya hanya ingin kupaskan bahawa tiada masalah menjadi blogger baru yang bodoh atau tidak kerana di sana ada bodoh yang lebih penting untuk dirisaukan.
kalau nak tau kebodohan blogger baru saya kena tulis artikel lain dengan tajuk ciri-ciri blogger baru yang bodoh.
betul. artikel ni masih tergantung. Isu apa blogger bodoh ni? Cuba cerita sikit apa yang blogger bodoh tu buat sampai dilabelkan sebagai blogger bodoh?
My recent post Comel Serius – Lapar.
1 reply · active 715 weeks ago
sebenarnya saya cuba menjawab bagi pihak si blogger baru yang bodoh, bukan menghuraikan ciri-cirinya.
harap tak ada masalah gantung-menggantung dalam hal ni..
as salam..oh. sokong kenyataan suarahearty. kenapa dikaitkan dengan blogger baru? apa kesalahan blogger baru? dan kenapa dikaitkan dengan isu mengenal dan taat kepada Allah tanpa diberi pointnya? tiada istilah bodoh melainkan mereka yang menzalimi diri sendiri dengan tidak mendengar perintah-Nya.

point yang last, saya kurang setuju. kebodohan dalam konteks mengenal Allah..jika sudah 'bijak' mengenal Allah setelah sebelum kurang cerdiknya, tapi tak beramal pada-Nya, sama erti juga dengan ayat tu.berbanding mereka yang kurang cerdik mencari redha-Nya..tapi masih ada usaha untuk mencari dan memperbaiki.
My recent post Ringankan Blog Dengan JQuerry Lebih Bagus Dari Buang Widget
1 reply · active 715 weeks ago
saya dah jawab soalan untuk komen suarahearty.

untuk point yang paling last saya ingin jawab bahawa tidaklah dikatakan mengenal tuhan dengan sebenar-benar kenal jika masih sanggup meninggalkan amal kepadaNya..
terkujat sekejap baca tajuk entri...tapi tajuk dgn entri mcm terpesong sikit :) maaf ni cuma pandangan Han e Han nk ckp lbh pn takut jgk sbb Han pn masih baru dgn dunia blog ni..
dan Han fhm apa yg nk disampaikn tu cuma tajuk tu...errr..hot sgt..maaf lg skali...:)
1 reply · active 715 weeks ago
eh, bukan ke saya yang dah mintak maaf awal-awal.
kenapa anda pun nak mintak maaf jugak?

btw tajuk tetap tajuk..
apa yang cuba disampaikan....
My recent post thought of the day #10
1 reply · active 715 weeks ago
saya hanya ingin kupaskan bahawa tiada masalah menjadi blogger baru yang bodoh atau tidak kerana di sana ada bodoh yang lebih penting untuk dirisaukan..

itu saja..

:)
Salam alaik

komen2 mrk ruwet sekali =)

tak apa,setiap manusia ada cara dan gaya pemikiran yang tersendiri.
huhu... saya rasa macam faham maksud entri nih... tapi kesahihannya belum pasti... tapi memang saya sangat bersetuju... kebodohan itu boleh terjadi dimana2.. sebab kebodohan itu merupakan satu kesalahan.. dan penyebab kegagalan... walau menjadi seorang blogger pon seharusnya tiada perkataan bodoh atau pandai... sebab siapa sahaja akan melaluinya... memang kita tak perlu takut menjadi bodoh dalam perkara di dunia.. sebab tanpa kebodohan tiadalah kepandaian... tapi jangan la sampai menjadi bodoh kerana melupakan Tuhan... bodoh dalam mengenali agama.. bodoh dalam mengenali Allah Yang Esa... bodoh disini juga sama dengan erti kata kejahilan...

saya x pasti benar atau tidak kefahaman saya... tapi itulah yang saya dapat setelah membaca entri nih... :)

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk