bolehkah amalan malam nisfu syaaban dan kelebihan bulan syaaban
Assalamualaikum.
bolehkah amalan malam nisfu syaaban dan kelebihan bulan syaaban
Sebenarnya saya dah lama menulis artikel tentang kelebihan bulan syaaban dan amalan malam nisfu syaaban jikalau bukan disebabkan masih berkira-kira dengan hadis-hadis dhoif yang banyak digunakan dalam anjuran untuk mengajak orang ramai melakukan ibadah.
Bukan tak boleh gunakan hadis dhoif untuk menceritakan kelebihan bulan dan waktu-waktu tertentu (seperti Kelebihan bulan syaaban dan amalan malam nisfu syaaban ni), tetapi lebih baik bagi saya jika menggunakan hadis-hadis sohih sahaja jika mahu berhujah.
Anda bukannya tak tahu masalah di Negara kita. Pantang ada hadis yang tak sohih sikit semua dibantainya. Tapi lainlah kalau hadis maudu' sebab hadis maudu' hadis yang direka-reka tapi disandarkan kepada Nabi kita. Bahaya tu.
Er, dah lari tajuk pulak.
Ok, kita sambung. Bolehkah amalan malam nisfu syaaban? dan kelebihan bulan syaaban.
Disebabkan saya sendiri malas nak bukak kitab-kitab yang ada di rak, jadi saya Cuma mampu sampaikan kepada anda semua satu dua hadis sahaja yang menceritakan kelebihan bulan syaaban dan amalan untuk malam nisfu syaaban.
Diriwayatkan bahawa nabi kita Muhammad S.A.W banyak sekali berpuasa pada bulan Syaaban. Bahkan bulan inilah bulan yang paling banyak sekali nabi kita berpuasa selepas daripada bulan Ramadhan yang sememangnya difardhukan puasa sepanjang bulan.
Pernah juga baginda ditanya mengapa baginda banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Lalu nabi kita menjawab bahawa bulan Syaaban mengandungi malam Nisfu Syaaban yang pada malam itu amalan para manusia sepanjang tahun akan diangkat, maka baginda sangat menyukai jika amalan baginda diangkat pada hari yang hari itu baginda berpuasa.
bolehkah amalan malam nisfu syaaban dan kelebihan bulan syaaban
Antaranya apabila Usamah bin Zaid bertanya Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab:
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).
Aisyah r.aha juga menyebut:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maknanya amalan kita semua sepanjang tahun ni akan diangkat pada malam nisfu syaaban ni. Jadi itulah antara kelebihan bulan syaaban dan amalan malam nisfu syaaban.
Amalan kita sepanjang tahun ini diangkat, dan amalan kita untuk setahun yang akan datang akan dikira bermula keesokan harinya.
Ini apa yang saya baca dari blog drmaza.com. Doktor Asri tulis, 'Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:
“Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).'
Menjawab persoalan artikel ini tentang bolehkah mengkhususkan amalan malam nisfu syaaban dan kelebihan bulan syaaban, sebenarnya ada banyak amalan yang boleh kita lakukan pada masa ini. Tetapi bergantung kepada kitalah nak buat ataupun tidak. Bukannya setakat nak baca surah Yaa Sin 3 kali, bahkan nak khatam Al-Qur’an pun tak ada masalah. Yang penting bukanlah kita niatkannya semata-mata kerana nisfu syaaban, tetapi sebagai mendekatkan diri kepada Allah.
Cuma masalahnya kita saja yang mampu atau tidak untuk buat seperti mana yang pernah disabdakan oleh nabi kita bahawa Allah tidak jemu untuk mengira amalan hamba-hambaNya, tetapi para hambaNya inilah yang malas untuk melakukan ibadah kepadaNya.
Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada bolehkah amalan malam nisfu syaaban dan kelebihan bulan syaaban ni..
p/s: hadis-hadis ni saya dengar masa khutbah Jumaat semalam dan Khatib-Khatib di Mesir ni biasanya menghafal hadis-hadis sohih. kemudian bila buka di blog drmaza rupanya semua hadis ni tertulis di situ.