siapakah ambiga, kaitan ambiga dengan IFC, bersih 9 Julai 2011. jawapan kepada mereka yang mengaitkan bersih dengan IFC (Ambiga)
Assalamualaikum.
Rasanya semua orang tahu siapakah Ambiga dan kaitan Ambiga ini dengan IFC. Kaitan Ambiga dengan bersih 2.0 9 Julai 2011 ni lagilah orang tahu kan.
Saya terbitkan artikel ini kerana pihak yang membantah bersih 2.0 kali ini tapi tiba-tiba dia menggunakan hujah bahawa beliau (ambiga) adalah pejuang IFC, maka perjuangannya dalam BERSIH 2.0 9 Julai 2011 yang menuntut sebuah pilihanraya yang telus dan adil bagi sebuah negara demokrasi seperti Malaysia juga dibantah.
Berkenaan siapakah Ambiga dan kaitan Ambiga ini dengan IFC, saya ingin katakan bahawa mana-mana perjuangan yang merendahkan ketinggian Islam mestilah kita tentang.
Dalam konteks ambiga, seorang yang berpengaruh dalam persatuan peguam tetapi tak faham Islam macam yang anda faham, apa yang saya boleh jawab adalah semua tuntutan daripada IFC sekiranya menyalahi konsep-konsep asas dalam agama kita hendaklah ditentang.
Adapun bersih 2.0, saya bersepakat dengan beliau bahawa pilihanraya bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlulah dilaksanakan dengan telus. Kerana keadilan walaupun datang daripada siapa kita terpaksa terima.
Melainkan kalau anda nak kata bersih 2.0 ini menuntut supaya tuntutan IFC juga diterima. Tapi itu tak berlaku sebab bersih jelas menuntut sebuah kebersihan. Bersih cuma menuntut sebuah pilihan raya yang adil dan telus.
Bak kata amenoworld dalam blognya, Kalau lah orang kafir seperti ambiga pun mempertahankan keadilan maka hairan lah aku jikalau ada orang2 tak kafir [islam konon nya] menolak keadilan. Bila masa plak orang tak kafir memperjuangkan kezaliman ye tak? Kalau korang tak bersih maka korang ialah kotor lagi mengotorkan.
Itu kata beliau, bukan kata saya.
Namun, semua ini Allahlah yang lebih mengetahui. Ini hanya pandangan saya.
Harapnya ini menjawab persoalan anda tentang siapakah Ambiga dan kaitan Ambiga ini dengan IFC juga kaitan Ambiga dengan bersih 2.0 9 Julai 2011.