ulasan bersih 9 Julai 2011. kesilapan blogger dan orang ramai mengenai bersih 2.0
Assalamualaikum.
Ingat blogger politik saja ke yang pandai buat ulasan tentang bersih 9 Julai 2011 ni? Padahal kadang-kadang tu blogger dan orang ramai yang ulas ni macam tak betul je.
Tapi ni pandangan saya sajalah. Mesti masing-masing ada pandangan tersendiri. Tapi saya buat jugak artikel ni supaya pandangan-pandangan yang saya rasa tak berapa tepat tu dijawab.
Antara yang saya kerap kali baca ulasan tentang bersih ni ramai yang kata tak payah nak buat perhimpunan. Perhimpunan ni merugikan orang Melayu dan hanya menguntungkan bangsa lain. Kata mereka lagi kalau setakat nak serah memorandum tak perlu buat perhimpunan pun tak apa.
Banyak lagi pandangan-pandangan liar yang saya sempat baca. Tapi antaranya macam kat atas nilah.
Bahkan ada yang tak berapa enak siap salah tulis tarikh lagi. Lain kali kalau tak kaji mendalam jangan cakap macam tahu, ok?
Saya pun tak ada la kaji mendalam pun. Website bersih 2.0 tu pun penah dua tiga kali saja diterjah. Tapi sekurangnya ada la singgah jugak kan.
Ulasan saya pasal bersih 9 Julai ni memang perlu dibuat perhimpunan sebab kalau tak buat perhimpunan pihak yang berkenaan tak akan nampak kesungguhan bersih 2.0 ni. Kalau setakat nak serah memorandum tu mungkin tiap-tiap bulan pun boleh. Tapi yang sebenarnya dimahukan adalah satu suara dan kesepakatan rakyat bahawa kami memang tak suka penindasan dan penyelewengan yang berlaku.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/60-pengundi-dalam-satu-rumah.html#ixzz1RIQTtgl8