pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

video gambar terkini perhimpunan bersih 9 Julai 2011


Video dan gambar terkini perhimpunan bersih 9 Julai (July) 2011 akan sama-sama kita saksikan nanti. Pastinya media utama milik kerajaan akan mempergiatkan lagi usaha mereka untuk memberikan gambaran yang buruk kepada rakyat mengenai bersih 9 Julai (July) ini.


Sebelum itu mari kita bincangkan gambarannya yang terkini dulu. Menurut berita telah berpuluh orang rakyat Malaysia yang didapati terlibat dengan bersih 9 Julai ini telah ditangkap. Tak lama lagi mesti video dan gambar-gambar bersih 9 Julai dan yang berkaitan akan tersebar dengan cepat.


Hairan juga saya. Bukankah KDYMM Agung sendiri telah sedia untuk menyambut rombongan yang ingin bertemu, mengapa pihak berkenaan beriya-iya menghalangnya lagi? Tak sabar saya nak tengok kalau ada gambar terkini dan video bersih terkini 9 julai ini.


Bagaimanapun saya tertarik dengan berita daripada Malaysiakini beberapa hari lepas yang menyiarkan ucapan daripada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Bersih 2.0 9 Julai ini sudah berjaya 60 peratus setakat sekarang iaitu dari sudut promosi dan hebahan yang mana kebanyakan kejayaan mereka ini sebenarnya dibantu oleh media utama milik kerajaan sendiri.



Masakan tidak orang ramai akan celik dengan kebersihan BERSIH 2.0 9 Julai 2011 jika mereka ditangkap semata-mata kerana memakai baju Bersih. Tidakkah pelik namanya tu?



Sama-sama kita nantikan video dan gambar terkini Bersih 9 Julai (July) 2011 ini.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk