pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

3 cara mudah mendapatkan idea menulis blog

Assalamualaikum.


Ada 3 cara utama untuk mendapatkan idea menulis blog. Mari kita kongsikan.


Banyak membaca


Menulis blog memerlukan anda ada info untuk ditulis. Bukannya tiba-tiba idea boleh muncul di minda anda.



Jadi perbanyakkan bacaan anda. Carilah bidang-bidang yang sesuai, kemudian bacalah sehingga anda memahaminya dengan baik. Anda pasti dapat menulis artikel anda selepas itu.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis.




Banyak berfikir


Banyak berfikir juga akan meningkatkan daya penulisan anda. Semakin banyak anda berfikir, semakin banyak yang ada dalam fikiran untuk ditulis.


Fikirlah tentang apa yang anda lihat, anda baca dan anda rasa. Hayati semuanya dengan baik, anda akan mampu menulis.


Melainkan anda memang tidak cekap menulis


Tuliskan perkara bermanfaat sahaja


Sebenarnya anda memang mempunyai pilihan terhadap apa yang anda mahu tuliskan. Tetapi memilih untuk menulis perkara yang tidak bermanfaat bukanlah satu cadangan yang baik.


Sekiranya anda hanya menulis perkara-perkara yang tidak bermanfaat yang tidak mendatangkan faedah, perkara itu lama kelamaan akan menyebabkan daya penulisan anda menumpul. Sebabnya tiada faktor pendorong untuk anda menulis dengan baik.


Berbeza pula apabila anda menulis perkara berfaedah. Anda akan berasa puas dengan penulisan anda. Bahkan idea anda akan terus berkembang kerana perkara kebaikan jika mahu ditulis tidak akan habis.


Betul kan?


Ok, jadi anda dah tahu nak tulis bagaimana?

Twitter
Facebook

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Saya sangat setuju dengan point yang kedua iaitu banyakkan berfikir.
Sekalipun banyak pembacaan yang dilakukan tanpa keinginan untuk menekan butang fikir, kita sukar untuk menulis.
Menulis sangat menyeronokkan. Selain daripada berkongsi ilmu dan pandangan dan rakan-rakan, ia juga menajamkan minda
dan melatih kita untuk sentiasa menjadi seorang 'observer' yang baik.

Tetapi agak-agaknya tanpa ketiga-ketiga di atas ada orang masih mampu menulis, tak?
My recent post GRADUAN : 16 & 17 Julai 2011
terima kasih. sekarang baru tahu macam mana nak dapatkan idea dengan mudah
My recent post Nak Buka Gym?

Post a new comment

Comments by

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk