pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

adakah Islam melarang atau membenarkan perhimpunan aman dan demonstrasi jalanan?

Assalamualaikum.


Sebelum bercakap tentang sama ada Islam melarang atau membenarkan perhimpunan aman dan demonstrasi jalanan khususnya dalam konteks  perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan dijalankan pada 9 Julai 2011 ini, saya ingin mengajak anda bercakap tentang kesihatan jasmani dan rohani terlebih dahulu.


Adakah jasmani dan lebih-lebih lagi rohani anda dalam keadaan sihat?


Saya yang menulis ini memang kurang sihat. Maka marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T Yang Maha Memakbulkan doa. Semoga doa-doa anda yang dihantarkan secara sembunyi akan mendapat pandangan Allah lantas Dia memperkenankan untuk memberikan kesihatan jasmani lebih-lebih lagi kesihatan rohani kepada kita.

Seminggu lagi sebelum perhimpunan aman BERSIH 2.0 bermula, suasana masyarakat di Malaysia semakin hangat. Hangat disebabkan musim panas yang melanda, hangat juga disebabkan isu panas perhimpunan BERSIH 2.0 yang berleluasa.


Sebenarnya saya pernah membaca suatu artikel yang menerangkan bahawa pada zaman baginda nabi juga pernah berlaku protes. Iaitu apabila seorang sahabat mengadu kepada baginda bahawa jirannya sering mengganggu beliau.


Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan meletakkannya di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.


Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). (sumber)


Jelas di sini bahawa Islam membenarkan dan tidak menghalang atau melarang perbuatan protes mahupun perhimpunan secara aman selagi perbuatan tersebut tidak membawa kepada mudorat yang lebih besar.


Maka persoalan yang timbul sekarang, sejauh manakah perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang akan dijalankan pada 9 Julai 2011 ini bakal memberikan mudarat kepada masyarakat?


Atau adakah mudarat-mudarat yang bakal berlaku sebenarnya boleh dielakkan?


Apa pandangan anda?



p/s: button F yang warna biru dan bersegi 5 macam bintang kat bawah adalah untuk share artikel dengan kawan-kawan di facebook. tahniah jika anda menekannya.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk