Bila blog diberikan kepada orang tak cerdik 3
Assalamualaikum.
Rupanya rajin juga anda update blog ya? Tapi cuba semak balik. Agak-agak anda puas hati tak dengan hasil yang anda update blog banyak-banyak sehari tu?
Bukannya apa. Kadang-kadang muhasabah sebagai blogger pun penting jugak. Sebab berblog ni bukannya kita berurusan secara langsung dengan manusia, sebaliknya cuma komunikasi jarak jauh. Boleh jadi mereng kalau tak jaga diri betul-betul.
Cuba semak semula. Adakah kita puas hati dengan begini? Kalau sebulan dua ini kita aktif, adakah sehingga dua tiga tahun lagi kita akan aktif?
Ya, mujur kalau kita sempat bina komuniti dalam blog sebab komuniti ni nanti akan bagi pulangan jangka masa panjang. Tapi kalau tak ada macam mana?
Nak menghadap laptop 8 jam sehari? Sanggup lagi update blog 10 kali sehari macam sekarang?
Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Tunggu perbincangan akan datang.
p/s: saya sebenarnya teringin jadi motivator blogger. Er, ke blogger motivator?