pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

video gambar bersih terkini 9 July (Julai) 2011

Video dan gambar bersih terkini 9 July (Julai) 2011 akan sama-sama kita saksikan nanti. Pastinya media utama milik kerajaan akan mempergiatkan lagi usaha mereka untuk memberikan gambaran yang buruk kepada rakyat mengenai bersih 9 July ini.



Sebelum itu mari kita dengarkan gambarannya yang terkini dulu.


Saya terbaca di blog sozcyili, blog kedua kendalian seorang blogger pakatan yang bertajuk Betul ke social media dan internet ada ganguan mulai hari ini?. Untuk pengetahuan anda blogger ini juga banyak menghebahkan gambar dan video bersih terkini 9 july (julai) dan video-video lainnya. Contohnya ini, Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0



Kalaulah betul itu berlaku, nampaknya pihak berkenaan benar-benar bersungguh untuk menghalang bersih 2.0 ini daripada berjaya. Mereka melakukan bermacam-macam cara untuk menggagalkan rancangan bersih 9 july (Julai) ini.



Hairan juga saya. Bukankah KDYMM Agung sendiri telah sedia untuk menyambut rombongan yang ingin bertemu, mengapa pihak berkenaan beriya-iya menghalangnya lagi? Tak sabar saya nak tengok kalau ada gambar terkini dan video bersih terkini 9 july ini.




Bagaimanapun saya tertarik dengan berita daripada Malaysiakini beberapa hari lepas yang menyiarkan ucapan daripada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan Bersih 2.0 sudah berjaya 60 peratus setakat sekarang iaitu dari sudut promosi dan hebahan yang mana kebanyakan kejayaan mereka ini sebenarnya dibantu oleh media utama milik kerajaan sendiri.



Masakan tidak orang ramai akan celik dengan kebersihan BERSIH 2.0 9 July 2011 jika mereka ditangkap semata-mata kerana memakai baju Bersih. Tidakkah pelik namanya tu?



Sama-sama kita nantikan gambar dan video Bersih terkini 9 July (Julai) 2011 ini.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk