pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

adakah facebook akan ditutup di bulan Ramadhan?

Assalamualaikum.




Rasanya lelaki dan perempuan sama-sama sukar jika niat dan cara penggunaan facebook telah disalahgunakan.




Yang lelakinya sukar untuk menahan diri daripada membelek-belek album gambar para gadis, sebaliknya pula yang perempuan asyik dengan kegilaannya untuk mengupload gambar sebanyak-banyaknya ke akaun facebooknya.




Sampai bilakah baru semua ini akan berakhir?




Ramadhan sudah sangat hampir. Lebih kurang 10 hari sahaja lagi. Jika kita masih lalai dalam kehidupan seharian, takut-takut kita tidak akan selamat daripada neraka Allah.




Ingatlah sahabat-sahabat bahawa nabi kita pernah mengaminkan doa daripada malaikat Jibril tatkala malaikat Allah itu meminta baginda mengaminkan doanya yang menyatakan kecelakaan dan neraka bagi mereka yang lalai dengan Ramadhan.




Dari Abu Hurairah R.A, (bahawasanya) Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata, “Amin, Amin, Amin.”


Ditanyakan kepadanya, “Ya Rasulullah, (mengapa) engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” 


Baginda bersabda, “Ertinya : Sesungguhnya Jibril ‘Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata, “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakanlah Amin”, maka akupun mengucapkan Amin….”
Hadits ini sohih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. 




Adakah orang yang diaminkan oleh Rasulullah untuk masuk neraka itu termasuk kita?



Sebarkanlah ketibaan Ramadhan yang cuma 10 hari sahaja lagi kepada seluruh kenalan kita seperti kita menyebarkan kelahiran dan kematian saudara-saudara kita.




Jangan biarkan seorangpun daripada kita yang masih hanyut sedangkan Ramadhan sudah di ambang pintu rumahnya.





Adakah orang yang diaminkan oleh Rasulullah untuk masuk neraka itu termasuk kita?


Jawablah dengan iman dan amalan anda.

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk